Thursday 12 April 2012

LITAR PENDAWAIAN

Litar Pendawaian

- Litar dilukis dalam bentuk litar skema yang kemudiannya ditukar kepada gambarajah pendawaian
- Simbol elektrik duginakan didalam gambarajah pendawaian





Papan Agihan (DB) Bekalan Dirumah



Gambar di atas menunjukkan kotak agihan (Distribution Board - DB) sistem bekalan elektrik 1 fasa. Ia biasanya terdapat di rumah2 teres, rumah Semi-D dan rumah2 di kampung.

Suis utama

Berfungsi untuk memutuskan bekalan elektrik di dalam rumah. Ada rumah yang menggunakan fius menggantikan suis utama.

RCD (Residual Current Device)

Kadangkala dikenali sebagai RCCB (Residual Current Circuit Breaker) atau ELCB (Earth Leakage Circuit Breaker). Alat ini merupakan alat paling penting kerana ia melindungi anda dari renjatan elektrik dan peralatan elektrik dari voltan tinggi akibat kilat.

Kapasiti RCD yang sering digunakan adalah 40A dan 63A yang mempunyai kepekaan 100mA atau 300mA.

MCB (Miniature Circuit Breaker)

Disambung kepada pendawaian soket plug dan pendawaian lampu/kipas. Ia berfungsi untuk memutuskan bekalan elektrik sekiranya arus elektrik yang tinggi melebihi kapasiti MCB.
Arus tinggi berlaku disebabkan berlaku litar pintas antara wayar live dan wayar neutral ataupun penggunaan peralatan elektrik yang terlalu banyak.
Kapasiti MCB yang selalu digunakan adalah
  • 6A (untuk pendawaian lampu/kipas)
  • 20A (untuk pendawaian soket plug)
  • 32A  (untuk pendawaian soket plug)

Pendawaian Elektrik

Sistem Pendawaian Elektrik


- Sistem pendawaian merupakan pemasangan litar-litar yang mengandungi pengalir, penebat dan pelindungan
   mekanik untuk kabel yang digunakan
- Dianggap sebagai nama bagi sistem perlindungan bagi pemasangandan cara bagaimana ianya dipasang.
- Definisi pendawaian domestik - Pendawaian yang dilakukan dirumah-rumah atau premis-premis
   kediaman 
- Definisi pendawaian industri -  Pendawaian yang dilakukan dikilang-kilang.Mengikut IEE terdapat 20
  jenis pendawaian yang boleh digunakanAntara pendawaian yang banyak sekali digunakan di Malaysia:
  • Pendawaian permukaan
  • Pendawaian tersembunyi
  • Pembuluh
  • Sesalur

Pendawaian Permukaan 

- Voltan yang digunakan ialah voltan lampu rendah
- hanya punca-punca lampu dan kuasa sahaja dibenarkan di dalam sistem ini
- Boleh dipasang secara terus  ke dinding kayu atau diatas lapik kayu pada dinding batu atau konkrik
- Kabel yang digunakan mestilah dari jenis yang mempunyai tebatan berlapis (PVK).



Pendawaian Tersembunyi

- Boleh dibahagikan kepada dua jenis
  •  Sistem Pendawaian tersembunyi kabel bertebat
  •  Sistem Pendawaian pembuluh tersembunyi
- Hanya dibenarkan membawa voltan rendah




Pendawaian Pembuluh

- Biasanya dilakukan ditempat yang terdedah kepada bahaya kerosakan mekanik, terdedah kepada 
   tindakan kimia, cecair dibahagian luar bangunan.
- Digunakan dikilang-kilang, bengkel dan makmal.
- Boleh dipasang secara permukaan atau tersembunyi
- Selain daripada memberi perlindungan mekanik atau kimia, pembuluh yang digunakan boleh dijadikan
  sebagai pengalir keselenjaranan bumi tambahan.
- terbahagi kepada 2 jenis iaitu pembuluh logam dan pembuluh PVK







Pendawain Sesalur


- Biasanya dilakukan ditempat yang terdedah kepada bahaya kerosakan mekanik, terdedah kepada 
   tindakan kimia, cecair dibahagian luar bangunan.
- Digunakan dikilang-kilang, bengkel dan makmal.